
Panduan
Kalkulator Pendapatan TikTok
DiterbitkanApr 12 2020
Ditulis olehJosh
Ketahui pendapatan sebenar pemengaruh-pemengaruh TikTok atau 'TikTok Influencers'
Kalkulator Pendapatan TikTok Exolyt dapat membantu anda untuk mengira anggaran pendapatan mana-mana akaun TikTok yang terbuka atau 'public'.
Exolyt
#exolyt
Dengan menggunakan Kalkulator Pendapatan, anda terima Terma Perkhidmatan
Ketahui pendapatan TikTok!
Bagaimana cara untuk menjana pendapatan dengan TikTok?
Terdapat dua cara yang berbeza bagi sesiapa sahaja untuk menjana pendapatan dengan TikTok.
Cara yang paling biasa ialah pemengaruh pemasaran atau 'Influencer Marketing'. Ia bermaksud anda mempromosikan beberapa jenama atau produk yang berbeza pada video-video anda. Ini bermakna, pada dasarnya video itu mempunyai iklan yang ditaja untuk menghasilkan lebih banyak penjualan untuk jenama atau produk tersebut.
Cara kedua untuk menjana pendapatan dengan TikTok adalah untuk mengiklankan atau menjual produk atau perkhidmatan anda sendiri dalam video anda. Anda misalnya boleh juga mengiklankan perniagaan solekan ataupun kursus dalam talian.
Sama ada anda melakukan pemasaran sebagai 'influencer' atau mempromosikan perkhidmatan anda sendiri, anda pasti memerlukan daya tarikan yang kukuh pada video-video anda. Ini bermakna anda memerlukan ramai pengikut, komen, sukaan dan tontonan sebelum profil anda dapat menarik interaksi yang cukup untuk iklan yang bernilai usaha jenama. Biasanya anda memerlukan lebih daripada 100,000 pengikut dan beratus-ratus komen pada setiap video.
Berapa banyak pendapatan yang anda boleh hasilkan dengan TikTok?
Jumah pendapatan sangat berbeza untuk setiap profil dan juga industri. Anda boleh menjana mana-mana dari 50,000 USD hingga 150,000 USD setiap perkongsian jenama jika anda mempunyai profil yang sangat baik. Ini sudah tentu bergantung banyak atas bidang profil anda, lokasi, khalayak sasaran jenama, interaksi profil anda dan sebagainya.
Bagaimana saya boleh menjadi pemengaruh TikTok atau 'TikTok Influencer' dan menjana pendapatan?
Menjadi pemengaruh TikTok atau 'TikTok Influencer' biasanya tidak berlaku seharian, jadi anda perlu kerja berterusan ke arah matlamat ini dan juga alat-alat yang baik untuk mengesan kemajuan anda.
Cadangan terbaik kami adalah menggunakan alat analisis seperti Exolyt untuk mengesan kemajuan anda dan melihat kandungan apa yang paling sesuai pada profil TikTok anda. Dengan cara ini, anda dapat mengoptimumkan usaha anda, dan menjadi TikTok Influencer jauh lebih pantas dan mudah.
Anda boleh mula menggunakan TikTok analitik daripada Exolyt secara percuma! Lihat analitik TikTok anda di Exolyt dengan menaipnya di medan carian di bawah!

Josh from Exolyt
Artikel ini ditulis oleh Josh, yang bekerja di Exolyt sebagai Perunding Media Sosial Kanan. Josh membantu pemberi pengaruh, pemasar dan pencipta kandungan untuk meningkatkan penglibatan mereka dan menggunakan sepenuhnya akaun mereka.







